awesome's banner

Monday, May 4, 2020

Ladang Arnab Dan Cat Me Pet Centre

Alhamdulillah setelah sekian lama berkecimpung dalam industri arnab sehingga tak sempat dah nak update disini. Walaupun dah bersawang sangat blog syukur alhamdulillah masih ramai yang mengunjungi dan diharap blog ini dapat memberi manfaat melalui penulisan-penulisan saya sebelum ini.

Untuk makluman ladang arnab banting sudah tidak lagi beroperasi. Industri daging arnab dan dan arnab peliharaan di Malaysia masih sedang berkembang dan perlukan sokongan dari banyak pihak jika tidak ianya amat sukar untuk dikembangkan.

Setelah ladang arnab di banting menghentikan operasi, saya telah menjalankan road tour hampir ke seluruh malaysia dengan menjalankan pameran arnab di expo dan event. Saya juga ada menulis tentang cara untuk menjana pendapatan melalui taman arnab di SINI. Sepanjang empat tahun berjalan banyak pengalaman saya dapat dan berjumpa ramai orang. Peminat arnab sangat ramai namun pendedahan dan ilmu tentang penjaagan arnab sangat sedikit. 

Harapan saya semoga industri arnab di Malaysia terus berkembang dan harmorni. Kepada yang memerlukan bekalan ubat untuk arnab atau keperluan haiwan lain. Masih boleh menghubungi saya, untuk makluman saya kini mengusahakan kedai haiwan peliharaan Ca Me Pet Shop bertempat di Setia Alam Selangor. Pelbagai keperluan haiwan peliharaan atau ubat-ubatan disediakan, Untuk yang jauh boleh juga membeli melalui platform shopee ---> (SHOPEE CAT ME) .

Terima kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini semoga Allah s.w.t membalas jasa anda semua. 

Monday, August 22, 2016

Rawat sendiri arnab anda

Assalamualaikum. Kali ini saya kongsikan cara-cara untuk merawat arnab anda. Saya ambil 4 jenis penyakit yang sering terjadi dan cara-cara merawatnya secara traditional dan moden.




1- Kurap .

Kurap adalah penyakit yang paling senang merebak dan terkena pada arnab. kesan awal boleh dilihat pada kuku,mata,telinga dan bulu yang gugur terlalu banyak. Untuk penyakit ini saya syorkan 2 jenis ubat. 1-Jenis suntikan. Ubat jenis suntikan ada beberapa jenis contohnya kalamectin,invermectine dll. namun ubat jenis suntikan mempunyai kesan yang kuat dan sebaiknya dielakkan. 2- ubat jenis oral. Ubat jenis oral lebih selamat dan mempunyai kesan yang baik. tidak merbahaya dan boleh dilihat kesan penyembuhan seawal 1 minggu. Untuk ubat oral solutian saya gunakan Bexton itin-vet. ubat ini boleh didapati di pasaran dengan harga Rm25.00. saya juga ada menjual ubat ini, sila rujuk post saya yang lain untuk maklumat lanjut.

2. Cacing. Kecacingan boleh dilihat pada struktur badan arnab anda. arnab yang dijangkiti cacing biasanya kurus dan tidak berselera makan. untuk ini. saya gunakan bexton itin-vet oral solution. ubat bexton itin vet oral solution ini merawat 3 penyakit utama iaitu kurap kutu dan cacing. untuk mengelakkan masalah berulang saya sarankan sangkar arnab dibersihkan sekerap yang boleh.

3. Cirit. Cirit amat bahaya jika terjadi. cirit boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat. untuk itu ubat cirit mesti sentiasa tersedia. ubat cirit yang saya gunakan adalah scourban plus, terdapat beberapa jenis ubat cirit lain yang dijual dipasaran. untuk kaedah traditional. sekiranya cirit tidak kronik, berikan daun pisang.pucuk petai dan pucuk jambu boleh merawat cirit.

4.Sorehock .



sorehock sering terjadi kepada arnab berbulu pendek seperti baka rex. untuk merawat sorehock ubat luka seperti skinheal boleh digunakan. luka sorehock perlu disapu ubat dan dibalut. untuk mengelakkan masalah berulang saya sarankan letak alas dalam sangkar. alas sangkar boleh didapati di petshop atau boleh buat sendiri menggunakan kotak dll.



[Click sini untuk tonton video cara suntik ubat kurap pada arnab]

semoga bermanfaat. sekian.

Sunday, August 21, 2016

Panduan Jana pendapatan 5k sehari dengan taman arnab bergerak

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dimalam yang tenang ini saya nak kongsikan pengalaman dan cara bagaimana untuk menjana pendapatan 5k - 8k bersih sehari dengan taman arnab bergerak.
Pertamanya kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang ini harus pakar tentang arnab kerana bila anda buka taman arnab nanti akan ada terlalu banyak soalan-soalan cepu emas dari pengunjung dan pelanggan anda.

Apa yang diperlukan untuk buka taman arnab?

1. Arnab, untuk taman arnab seperti yang saya biasa lakukan. 20x40 (2 canopy besar) arnab yg diperlukan adalah 200 ekor. Tujuan arnab 200 ekor supaya ada rotation. Arnab biasanya akan duduk berhimpit dan nampak sedikit apabila stress atau ketakutan atau panas. Jadi saya sarankan 130 ekor untuk dilepaskan dan bakinya disimpan diluar taman arnab. Tujuannya pula apabila arnab terlalu stres. Keluarkan arnab yg lama masukkan yang baru. Ini akan mengurangkan risiko arnab mati.

2. Pagar. Pagar yang saya gunakan 1st model adalah jaring dan dawai hijau. Jaring plastic lubang 1/2 inci. Kemudian sy upgrade menggunakan paip pvc dan seterusnya menggunakan kayu. Ada juga saya gunakan besi. Setiap bahan ada kelebihan dan kekurangan. Pilihan saya secara peribadi. Pagar kayu, kerana konsep taman lebih menjadi. Kekurangannya pula kayu berat dan agak susah untuk setup.

3. Platform. Platform yang sy gunakan adalah daripada kayu 3x2 dan playwood 16mm. Tujuan platform adalah untuk mengelakkan basah atau kotor sekiranya hujan lebat dan untuk kelihatan lebih exclusive.

4. Bedding. Bedding yang saya gunakan adalah jerami padi. Jerami padi murah dan mudah disediakan.jerami padi juga cantik. Tapi ingat. Jerami padi ada debu halus yg bahaya pada arnab. Jadi sebelum lepaskan arnab. Pastikan debu dah habis dibuang.

5. Perhiasan. Perhiasan sangat penting. Inilah pelengkap dan daya tarikan yang akan membuatkan ibu bapa memaksa anak mereka masuk dan bermain bersama arnab. Perhiasan yang sering saya gunakan pokok buluh, kayu balak, artifak cendawan dll.

6. Lampu. Ramai yang terlupa tentang lampu. Diantara rahsia penting kejayaan taman arnab saya adalah lampu. Kalau boleh lampu stadium tu sy nak halakan ke taman arnab saya. Tujuan lampu bukan sekadar untuk terang. Lampu berpernan menarik pandangn orang dari jauh,memastikan arnab selamat dari terpijak dll.

7. Jenis Arnab yang sesuai . Untuk taman arnab 1s kena tau. tidak semua yang masuk bermain dengan arnab tahu mengendalikan arnab dengan baik. Jadi arnab yang saya cadangkan adalah dari baka pendaging kerana saiz dan ketahanan arnab itu. Tapi jangan lupa letakkan juga beberapa ekor arnab hias dari baka lain sebagai tarikan. atau. boleh juga gunakan baju haiwan dan pakaikan pada arnab pendaging, teknik ini juga buat pengunjung histeria nak masuk main dengan arnab.

8. Umur arnab yang sesuai. Kebiasaannya arnab yang saya gunakan dari umur 3 - 4 bulan. umur 3 bulan kebawah kecil dan lemah dan umur 5 bulan keatas susah nak kawal. silap-silap bergaduh rebut kawasan.

[ Tonton Video di taman arnab click ---> Video Taman Arnab Bergerak  ]

Selesai semua ini. Rancang dengan betul perjalanan anda. Pastikan ada masa 2 hari sebaik2nya untuk setup sebelum event bermula.
Pastikan ada tenaga kerja yang cukup sekurang-kurangnya tiga orang.
Pastikan ada barang jualan upsale aksesori haiwan dll.
Pastikan kotak tersedia untuk pelanggan yang nak beli arnab.

Masa untuk kutip duit.
Taman arnab menjana pendapatan dari duit kemasukan. Duit jualan carrot. Jualan produk dan arnab.
Kemasukan taman arnab saya cas Rm5 seorang. Bayangkan 1000 orang sehari. Tidak termasuk jualan carrot dan arnab. Harga arnab pula saya jual dari rm 50-250. Percayalah. Kalau betul lokasi event anda. Tak cukup stok 200 ekor tadi.
Purata pendapatan saya selama 3 tahun menjalankan taman arnab bergerak adalah rm1k sehari. Tapi ingat. Dunia busines ada cabarannya. Jangan terlalu gopoh mengejar keuntungan. Sentiasa beringat untuk hari-hari sukar.
Sekian. Saya kongsikan pengalaman saya semoga bermanfaat pada semua. Sebarang pertanyaan boleh komen dibawah insyaAllah sy jawab.













Saturday, June 29, 2013

Pet boarding , hotel haiwan

Pet boarding @ panda pet house
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
menjadi isu dimusim perayaan selalunya adalah bila pemilik haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, GP dan lain-lain balik kampung tapi haiwan kesayangan kena tinggal.

Disini saya nak berkongsi sedikit info tentang pet boarding @ hotel haiwan yang berada di selangor, kebanyakan pet boarding mengenakan bayaran diantara rm10 - rm25 sehari berbeza mengikut lokasi, pada saya cas sebegini tidak mahal.

kepada yang mencari service pet boarding @ hotel haiwan dikawasan anda, saya senaraikan sedikit detail syarikat yang menawarkan khidmat pet boarding. semoga info ini berguna.

Pet boarding @ panda pet house


Shah alam
  • Cat Me Pet centre. 0106000721 / 0333590096.
Gombak
  • Arnab kiut rabbitry, Kg sungai mulia batu 5 gombak, 0173030433
Banting
  • D'Banting resources, Taman sri putra banting, 0133096990.
Klang
  • A.R Rabbit Lot 512 jalan yadi klang, 0172064213
Seri kembangan
  • TFF Pet paradise, 40 jln BPP 8/3 bandar putra permai, 0133348899
Kuala Lumpur
  • 88 Pets mart, 8 jln pandan indah 4/10, 03-78054478


Pet boarding
Untuk makluman,kawasan-kawasan yang belum ada pet boarding bukan bermaksud tiada pet boarding di kawasan tersebut, cuma belum sempat kemaskini. insyaAllah nanti akan dikemaskini.
kepada yang ada buat pet boarding boleh tinggalkan komen detail dan hantarkan gambar ke wan_mista@yahoo.com.

Sunday, May 12, 2013

Ubat kurap Arnab dan Kucing

Ubat kurap arnab .
Disini saya akan menerangkan sedikit sebanyak punca berlakunya kurap , cara mencegah kurap , cara merawat kurap pada haiwan.

Kurap pada telinga
Punca Kurap

Persekitaran yang panas dan lembab,
Sangkar & persekitaran yang kotor, berdebu/pasir
Jangkitan dr arnab atau haiwan lain yg berpenyakit

Cara mencegah kurap

Kurap merupakan penyakit yg paling banyak terjadi pada arnab, dengan kata lain kurap pada arnab memang tidak dapat dielakkan. walau bagaimanapun dengan mengamalkan pencegahan dari awal penyakit kurap pada arnab mungkin lambat dan jarang berlaku pada arnab anda.

perkara paling utama adalah memastikan persekitaran sangkar dan bangsal arnab dalam keadaan bersih.
pastikan tray najis tidak ada air bertakung. perkara ini menggalakkan pembiakan bakteria.
lindungi arnab anda dari sangkar yang berkarat.
kerap membersihkan kawasan sangkar arnab.

Cara merawat kurap

Terdapat dua rawatan yang saya syorkan dan cara yang sering saya gunakan.

ubat kurap suntikan
1.Suntikan

Suntikan merupakan cara paling berkesan bagi merawat kurap. selain mudah, rawatan menggunakan suntikan biasanya  memberi kesan segera.
Dos yang digunakan untuk arnab adalah 0.2ml / 5kg  dan mengambil masa selama empat minggu untuk sembuh sepenuhnya.

Kelebihan rawatan menggunakan suntikan adalah jimat,cepat dan mudah. ini kerana satu suntikan sudah cukup untuk merawat arnab dan tiada rawatan susulan. kekurangan suntikan adalah berbahaya kepada arnab yang bunting dan arnab yang berumur 3 bulan kebawah.

ubat kurap oral
2. Oral @ Minuman

Rawatan oral adalah dengan menyuap ubat kepada arnab, rawatan ini juga berkesan dan mudah, namun tidak sesuai bagi kegunaan ladang atau penternak berskala besar. Rawatan oral biasanya mengambil masa empat minggu untuk sembuh dan ubat diberikan sebanyak 0.2/kg dan 3-4 kali seminggu. pemberian ubat diteruskan sehingga arnab sembuh sepenunya.

Kelebihan rawatan oral adalah mudah dan selamat, ianya boleh digunakan untuk arnab seawal umur dua bulan, boleh dicampur kedalam minuman dan tidak berbahaya kepada arnab yang bunting atau menyusu. kekurangan rawatan oral adalah agak leceh dan memerlukan rawatan susulan selama 3 -  4 minggu.


Untuk mendapatkan harga terkini ubat kurap dan ubat-ubatan lain sila click DISINI
atau whatsapp saya click --->  DISINI

Monday, April 15, 2013

Pet carrier box.


                                



PET CARRIER BOX.

SAIZ 13Inci x 10Inci x 10Inci. (Ready stock)
*10 inci tinggi tidak termasuk pemegang.

Meterial - Die cut box.

boleh digunakan untuk membawa pelbagai jenis haiwan, ayam,burung,kucing,arnab,puppy, GP, dll.

Berminat untuk menjadi Agen boleh hubungi saya . 013 309 6990

Harga tidak termasuk penghantaran : 

1-10pcs Rm3.50
11 - 30pcs RM3.20
31-50pcs RM3.00
51 - 100pcs Rm2.90
101pcs keatas Rm2.80

* Turut disertakan pelapik dibahagian dalam kotak bagi setiap kotak*

Sunday, January 20, 2013

Ladang arnab saya pada 2011







Assalamualaikum semua, ni lah gambar sangkar2 di ladang saya pada 2011. Tujuan upload ni sebap nak mengimbau kembali kenangan saya diawal penglibatan saya menternak arnab. dan sekarang 2013 dah hampir 4 tahun menternak arnab. banyak suka duka, kejayaan dan kegagalan, rintangan dll. Bermula dari 2 ekor arnab. kini saya mempunyai hampir 350 ekor arnab pelbagai baka dan kualiti. Teras perniagaan saya yang pada awalnya hanya tertumpu pada membekal daging arnab, kini saya juga membekal arnab hidup dari pelbagai baka peliharaan dan daging, saya juga membekal ubat-ubatan serta peralatan yang berkaitan dgn ternakan terutamanya arnab. Dari tiada apa-apa, kini saya mempunyai syarikat yg berdaftar, pelanggan tetap dan eset ternakan. Alhamdulillah. Tahun 2013 saya merancang untuk membesarkan ladang arnab saya dan berharap akan mempunyai 1000 ekor induk pendaging dan 300 ekor induk baka hiasan pada bulan 12/2013, ribuan terima kasih kepada semua yang pernah berurus niaga dgn saya. tq :)