awesome's banner

Wednesday, January 18, 2012

Kandang arnab bertingkat


Ni lah dia kandang arnab 3 tingkat saya. dibuat khas untuk menggantikan kandang lama yang kurang teratur. maklumlah makin banyak arnab makin susah nak jaga.jadi kena ada sistem yang teratur dan mudah diuruskan.. lepas dah siap ni masukkan dalam garage dan masukkan sistem air menggunakan nipple lak :)

Tuesday, January 17, 2012

Penubuhan Syarikat


Alhamdulillah atas usaha yang berterusan dan kesungguhan yang tinggi akhirnya berjaya juga menubuhkan syarikat yang diberi nama B.N.A Mesra Agro Enterprise (SA0208866-P). Walaupun tak susah untuk menubuhkan syarikat Enterprise,tapi bagi saya dengan tertubuhnya syarikat ini membuktikan kesungguhhan dan betapa seriusnya saya dalam penternakan arnab ini. InsyaAllah misi syarikat untuk menjadi penternak Arnab peliharaan, pembekal daging dan produk-produk berasaskan arnab yang berjaya dan insyaAllah bertaraf antarabangsa. kerana setelah memerhatikan trend pasaran arnab saya yakin jika dilakukan dengan cara yang betul,produk arnab peliharaan dan daging arnab boleh menembusi pasaran-pasaran luar. Untuk Tahun 2012 B.N.A Mesra Agro akan memberi fokus untuk menambah baka-baka pendaging yang berkualiti dan berusaha untuk memenuhi permintaan daging arnab..