awesome's banner

Sunday, August 21, 2016

Panduan Jana pendapatan 5k sehari dengan taman arnab bergerak

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dimalam yang tenang ini saya nak kongsikan pengalaman dan cara bagaimana untuk menjana pendapatan 5k - 8k bersih sehari dengan taman arnab bergerak.
Pertamanya kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang ini harus pakar tentang arnab kerana bila anda buka taman arnab nanti akan ada terlalu banyak soalan-soalan cepu emas dari pengunjung dan pelanggan anda.

Apa yang diperlukan untuk buka taman arnab?

1. Arnab, untuk taman arnab seperti yang saya biasa lakukan. 20x40 (2 canopy besar) arnab yg diperlukan adalah 200 ekor. Tujuan arnab 200 ekor supaya ada rotation. Arnab biasanya akan duduk berhimpit dan nampak sedikit apabila stress atau ketakutan atau panas. Jadi saya sarankan 130 ekor untuk dilepaskan dan bakinya disimpan diluar taman arnab. Tujuannya pula apabila arnab terlalu stres. Keluarkan arnab yg lama masukkan yang baru. Ini akan mengurangkan risiko arnab mati.

2. Pagar. Pagar yang saya gunakan 1st model adalah jaring dan dawai hijau. Jaring plastic lubang 1/2 inci. Kemudian sy upgrade menggunakan paip pvc dan seterusnya menggunakan kayu. Ada juga saya gunakan besi. Setiap bahan ada kelebihan dan kekurangan. Pilihan saya secara peribadi. Pagar kayu, kerana konsep taman lebih menjadi. Kekurangannya pula kayu berat dan agak susah untuk setup.

3. Platform. Platform yang sy gunakan adalah daripada kayu 3x2 dan playwood 16mm. Tujuan platform adalah untuk mengelakkan basah atau kotor sekiranya hujan lebat dan untuk kelihatan lebih exclusive.

4. Bedding. Bedding yang saya gunakan adalah jerami padi. Jerami padi murah dan mudah disediakan.jerami padi juga cantik. Tapi ingat. Jerami padi ada debu halus yg bahaya pada arnab. Jadi sebelum lepaskan arnab. Pastikan debu dah habis dibuang.

5. Perhiasan. Perhiasan sangat penting. Inilah pelengkap dan daya tarikan yang akan membuatkan ibu bapa memaksa anak mereka masuk dan bermain bersama arnab. Perhiasan yang sering saya gunakan pokok buluh, kayu balak, artifak cendawan dll.

6. Lampu. Ramai yang terlupa tentang lampu. Diantara rahsia penting kejayaan taman arnab saya adalah lampu. Kalau boleh lampu stadium tu sy nak halakan ke taman arnab saya. Tujuan lampu bukan sekadar untuk terang. Lampu berpernan menarik pandangn orang dari jauh,memastikan arnab selamat dari terpijak dll.

7. Jenis Arnab yang sesuai . Untuk taman arnab 1s kena tau. tidak semua yang masuk bermain dengan arnab tahu mengendalikan arnab dengan baik. Jadi arnab yang saya cadangkan adalah dari baka pendaging kerana saiz dan ketahanan arnab itu. Tapi jangan lupa letakkan juga beberapa ekor arnab hias dari baka lain sebagai tarikan. atau. boleh juga gunakan baju haiwan dan pakaikan pada arnab pendaging, teknik ini juga buat pengunjung histeria nak masuk main dengan arnab.

8. Umur arnab yang sesuai. Kebiasaannya arnab yang saya gunakan dari umur 3 - 4 bulan. umur 3 bulan kebawah kecil dan lemah dan umur 5 bulan keatas susah nak kawal. silap-silap bergaduh rebut kawasan.

[ Tonton Video di taman arnab click ---> Video Taman Arnab Bergerak  ]

Selesai semua ini. Rancang dengan betul perjalanan anda. Pastikan ada masa 2 hari sebaik2nya untuk setup sebelum event bermula.
Pastikan ada tenaga kerja yang cukup sekurang-kurangnya tiga orang.
Pastikan ada barang jualan upsale aksesori haiwan dll.
Pastikan kotak tersedia untuk pelanggan yang nak beli arnab.

Masa untuk kutip duit.
Taman arnab menjana pendapatan dari duit kemasukan. Duit jualan carrot. Jualan produk dan arnab.
Kemasukan taman arnab saya cas Rm5 seorang. Bayangkan 1000 orang sehari. Tidak termasuk jualan carrot dan arnab. Harga arnab pula saya jual dari rm 50-250. Percayalah. Kalau betul lokasi event anda. Tak cukup stok 200 ekor tadi.
Purata pendapatan saya selama 3 tahun menjalankan taman arnab bergerak adalah rm1k sehari. Tapi ingat. Dunia busines ada cabarannya. Jangan terlalu gopoh mengejar keuntungan. Sentiasa beringat untuk hari-hari sukar.
Sekian. Saya kongsikan pengalaman saya semoga bermanfaat pada semua. Sebarang pertanyaan boleh komen dibawah insyaAllah sy jawab.













2 comments: