awesome's banner

Tuesday, January 17, 2012

Penubuhan Syarikat


Alhamdulillah atas usaha yang berterusan dan kesungguhan yang tinggi akhirnya berjaya juga menubuhkan syarikat yang diberi nama B.N.A Mesra Agro Enterprise (SA0208866-P). Walaupun tak susah untuk menubuhkan syarikat Enterprise,tapi bagi saya dengan tertubuhnya syarikat ini membuktikan kesungguhhan dan betapa seriusnya saya dalam penternakan arnab ini. InsyaAllah misi syarikat untuk menjadi penternak Arnab peliharaan, pembekal daging dan produk-produk berasaskan arnab yang berjaya dan insyaAllah bertaraf antarabangsa. kerana setelah memerhatikan trend pasaran arnab saya yakin jika dilakukan dengan cara yang betul,produk arnab peliharaan dan daging arnab boleh menembusi pasaran-pasaran luar. Untuk Tahun 2012 B.N.A Mesra Agro akan memberi fokus untuk menambah baka-baka pendaging yang berkualiti dan berusaha untuk memenuhi permintaan daging arnab..

No comments:

Post a Comment