awesome's banner

Thursday, December 8, 2011

Fakta yang perlu anda tahu tentang Arnab

  • Arnab mempunyai kandungan protein yang paling tinggi.
  • Kandungan lemak pula adalah yang paling rendah sekali iaitu lebih kurang 60% sahaja.
  • Paras kolesterol dalam daging arnab jika kita bandingkan dengan ayam dan daging adalah jauh lebih rendah.
  • Daging arnab dikategorikan sebagai daging putih.(white meat)
  • Panggilan untuk arnab jantan dewasa dikenali sebagai Buck.
  • Panggilan untuk arnab betina dewasa dikenali sebagai Doe.
  • Panggilan untuk anak arnab pula dikenali sebagai Kittens.
  • Tempoh matang bagi arnab betina ialah 4 - 5 bulan.
  • Tempoh matang bagi arnab jantan pula adalah 5 - 6 bulan.
  • Bilangan anak yang dilahirkan antara 4 hingga 12 ekor.
  • Arnab bunting selama 30-35 hari.
  • Arnab boleh mengawan semula dalam masa 48 jam selepas melahirkan anak.
  • Anak arnab akan membuka mata dalam masa lebih kurang 10 hari.
  • Purata berat matang bagi arnab ialah jantan 1.5 kg dan betina 1.8 kg.
  • Umur arnab tertua yang pernah direkodkan adalah berusia 19 tahun.
  • Arnab mempunyai 28 batang gigi.
  • Arnab mempunyai keupayaan melompat setinggi 1 meter dan sejauh 3 meter.
  • Umur arnab boleh menjangkau sehingga 12 tahun
  • Arnab akan menghasilkan bunyi "purr" bila gembira.
  • Arnab amat suka mengunyah, jadikan sediakan benda keras dalam reban anda.
  • Arnab boleh dilatih untuk menggunakan tandas.
  • Arnab hendaklah dijauhi daripada pemangsa, kabel elktrik dan bahan beracun.
  • Arnab aktif makan pada sebelah malam. (lebih kurang 70%)
  • Terdapat 72 spesis didunia yang telah dikenalpasti.
  • Suhu badan arnab 38-40 darjah celcius.

2 comments: