Sejak akhir-akhir ini, pertanyaan mengenai arnab pedaging semakin diminati oleh masyarakat Malaysia. Di pasaran antarabangsa pula, semenjak merebaknya virus nipah terhadap khinzir dan virus selesema burung terhadap ayam & itik , daging arnab telah menjadi alternatif terbaik. Banyak persatuan dan badan-badan kerajaan negara-negara tertentu telah mula mengambil langkah-langkah positif bagi mempertingkatkan pengeluaran arnab.
Amat malang sekali, di Malaysia ini pihak-pihak yang sepatutnya mengambil bahagian secara serius kearah usaha itu, sekadar mengambil dasar tunggu dan lihat. Di beberapa negara lain hospital-hospital mereka telah pun menggantikan menu daging ayam kepada daging arnab, perusahaan sosej & burger pun kini telah menambah variasi produk mereka dengan peghasilan produk berasaskan daging arnab.
Dari tinjauan kami terhadap permintaan daging arnab masakini, ada pengusaha yang terkebil-kebil, apabila ada pihak yang berhasrat untuk memborong 10,000 ekor arnab sebulan. Tapi hakikatnya angka itu dianggap kecil berbanding dengan permintaan sekarang. Langkah segera perlu diambil.
Sebenarnya penternakan arnab pedaging sudah bermula pada hujung era 80an, namun kehangatan komoditi itu hanya sementara, gara-gara peningkatan harga dedak pada masa itu dan ditambah lagi dengan kegagalan pelan pemasaran untuk menyedarkan rakyat malaysia tentang khasiat daging arnab serta prospektif perusahaan arnab itu sendiri.
Mungkin juga kerana ketiadaan medium perantaraan pada masa lalu, pengeluar dan pembeli tidak dipertemukan, tapi hari ini wadahnya berbeza, Internet sudah menjadi medium pengataran yang baik. Para peternak sudah boleh berbincang didalam forum atau blog, pasaran juga mudah dicari atau 'dicipta'.
Memang perusahaan arnab pedaging berada pada zaman susah sebelum ini. Arnab bukanlah komoditi penting, yang diperlukan oleh masyarakat. Kerajaan sendiri pun tidak merasa perlu untuk campur tangan dalam menentukan harga arnab. Berbeza dengan harga lembu, ayam, kambing atau komoditi penternakan lain yg termasuk kedalam komoditi utama.
Pada ketika harga daging lembu & ayam melonjak, kerajaan mengambil langkah segera dalam mengawal kenaikan harga tersebut, Begitujuga jika harganya turun, usaha pengawalan stok segera dilakukan. Tapi berbeza pada ketika harga arnab susut pada RM3~RM4 /kilo satu ketika dahulu, tiada siapa yang mempertahankan penternak arnab pada masa itu. Maka pasaranlah yg akan menentukan harga arnab. Kesan dari itu, satu demi satu penternak arnab era 90an, tersembam, tersungkur dan melingkup menggulung tikar.
Hal ini jugalah yg menyebabkan harga arnab disesebuah daerah itu tidak selari dan berbeza-beza. Sehingga jika kita ingin memulakan usaha penternakan arnab pedaging ini, kita harus melakukan survei pada harga pasaran terlebih dahulu dan melakukan perhitungan untung-ruginya.
Namun, masalah hari ini sudah berbeza, tatkala para saintis meuar-uarkan kehebatan khasiat daging arnab, bekalannya pula sudah amat sedikit. Penternak-penternak dahulu telah serik. Maka bagaimanakah usaha penternakan arnab ini dapat dihidupkan semula?. Beberapa pendekatan perlu diambil
1-Jabatan2 Kerajaan serta agensi perlu membantu para penternak dalam mendapatkan baka-baka terpilih seperti New Zealand White dan California.
2-Khabarkan pada semua bahawa penternak bahawa pengunaan baka kecil tempatan adalah tidak ekonomi untuk industri pedaging, begitu juga dalam pengunaan baka-baka jurusan "GIANT" adalah tidak sesuai kerana nisbah berat daging: tulang buleh mendatangkan kerugian pada para penternak. Tempoh pembesarnya agak lambat makan kos pemakanan akan meningkat. Jadi, arnab jenis besar juga, bukanlah satu-satunya kriteria untuk menentukan baka ideal.
Masalah penternakan arnab pedaging hari ini adalah, jumlah order yg sering kali tidak sesuai dengan kemampuan peternak. Kebanyakan P.O datang meminta daging arnab dalam jumlah yg sangat besar serta secara konsisten.
Bayangkan saja, rakan kami pernah mendapatkan permintaan daging arnab (sudah disembelih) sebanyak 5 ton!! Umumnya berat karkas arnab adalah 33% (sepertiga) dari berat hidup, ertinya jika arnab hidup memiliki berat 3kg, maka saat disembelih berat dagingnya hanya sekitar 1kg saja. Jika P.O tersebut menuntut jumlah sebanyak 5 ton daging arnab/bulan maka kita harus menyiapkan 15 ton arnab hidup, atau 5000 arnab/bulan.
Tentu ini bukan perkara yg mudah, banyak aspek yg harus difikirkan, bermula dengan tempat penyembelihan, pekerja, freezer,dll. Dan pastinya P.O seperti itu biasanya bersifat profesional, yakni jika kita tidak mampu memenuhi P.O tersebut sepertimana dalam ageement perjanjian, maka kita akan dikenakan denda. Ini sangat rumit !!, tapi itulah cabarannya, yang berjaya melepasinya akan muncul sebagai pemenang. Ganjarannya satu perniagaan yang sangat menguntungkan.....fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment