awesome's banner

Saturday, March 3, 2012

Group Arnab Di Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera. dalam post harini saya nak berkongsi mengenai group arnab di facebook yang saya asaskan

Tujuan penubuhan group yang diberi nama Arnab Comel ini adalah untuk mengumpul peminat-peminat arnab, penternak arnab, berkongsi pengetahuan dan pengalaman, memperluas rangkaian, berjual beli dan lain-lain perkara yang berkaitan arnab.

Sejak ditubuhkan pada januari-2012 Arnab Comel kini mempunyai 473 ahli.
Dengan adanya group Arnab Comel ini saya dapati lebih banyak info yang dapat dikongsikan, malahan kesemua ahli mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu dan pengalaman penternak-penternak lain serta manfaat dari segi pemasaran, iklan-iklan yang diletakkan tanpa sebarang caj dan dapat dilihat oleh kesemua ahli yang berjumlah 473 orang setakat hari ini.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli Arnab Comel yang sentiasa aktif serta berkongsi ilmu didalam group ini. Kepada peminat,penternak,pembeli dan pencinta arnab jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari kami.

-Wan muhamad bakri

Friday, March 2, 2012

New zealand white for sale

NZW 2-3 BULAN

NZW 3-4 BULAN

NZW INDUK 8 BULAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. pertama sekali saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan yang telah membeli dan berpuas hati dengan baka-baka NZW yang saya jual.. diharap hubungan diantara kita tidak sekadar pembeli dan penjual sebaliknya sama-sama kita majukan industri penternakan arnab di Malaysia..

Atas permintaan beberapa orang pelanggan saya,saya upload gambar NZW induk dan NZW berumur 2-4 bulan agar mudah untuk pelanggan menilai quality yang saya berikan..

ada juga permintaan agar saya meletakkan gambar baka Flemish Giant..mungkin dalam masa terdekat saya akan masukkan..

p/s : harga jualan saya berdasarkan quality dan quantity. sekiranya berminat untuk mendapatkan arnab NZW (ada juga baka Rex,ND,lop ear,chincilla)
boleh hubungi saya 013-3096 990.